5 langkah mudah atasi masalah PC
26 Apr 2011 - xSwitcheRx
, Jumlah 3646 hits, 5 terkini


1. Kenal pasti masalah – adalah proses pertama bagi memperbaiki sebarang kerosakan samada ianya berkaitan perisian mahupun perkakasan. Bagi mengenal pasti masalah, anda perlu membezakan keadaan sebelum dan selepas terjadi masalah tersebut bagi mencari “punca” sebenar. Sekiranya terdapat sebarang mesej “popup” / ralat, catat mesej tersebut dan lakukan carian dari www.google.com.my. Sekiranya tiada ralat, anda boleh melakukan carian darigoogle.com menggunakan keyword / perkataan sintom-sintom yang terjadi pada PC anda. Kebanyakan masalah PC yang di hadapi telah di temui oleh komuniti maya (internet). Ianya memudahkan anda bagi mengetahui langkah selanjutnya untuk memperbaiki masalah yang di hadapi.

3. Guna System Restore Jika Perlu – sekiranya anda tidak dapat mengenal pasti punca masalah yang terjadi mahupun tidak yakin cara yang betul bagi memperbaiki masalah pc, system restore mungkin dapat membantu. Sistem Restore adalah applikasi utiliti yang terbina dalam Windows bagi membantu anda mengembalikan keadaan sebelum terjadi sebarang perubahan mengikut tarikh dan kemaskini “snapshot” yang telah di ambil secara auto oleh Windows. Bagi melaksanakan program sistem “restore” anda perlu ke menu “Start – RUN” dan taip di dalam kotak run “rstrui.exe” dan tekan ENTER. Paparan sistem restore akan membantu anda melakukan proses “restore” yang mengembalikan tetapan dan fail pada keadaan asalnya mengikut tetapan tarikh yang di pilih. Ianya amat mudah dan biasanya membantu anda untuk mendapatkan semula keadaan sebelum masalah terjadi.
4. Reverse Engineer / Pembalikan Semula - adalah proses bagi melakukan “restore” secara manual. Dalam erti kata lain, anda perlu membalikan / melakukan secara terbalik perkara terakhir yang telah anda lakukan yang menyebabkan masalah terjadi. Contohnya, sekiranya anda memasang sebarang alat pada PC, tanggalkan ia. Sekiranya anda meng-install sesuatu pada PC, uninstall semula. Ianya bagi mengecilkan skop permasalahan yang boleh membantu anda mengenal pasti punca utama.
5. Dapatkan Bantuan - terakhir sekali, sekiranya langkah-langkah di atas masih tidak membantu, anda boleh mendapatkan bantuan dari komuniti maya mahupun rakan-rakan yang lebih mahir. Pastikan anda memberi maklumat mengenai permasalahan dengan lengkap dan terperinci bagi memudahkan bantuan yang diberi tidak menghampakan.
:) selamat mencuba …
No comments:
Post a Comment